August 11, 2010

DOA SELEPAS TARAWIKH...

"Segala pujian milik Allah, Tuhan sekalian alam dan selawat serta salam ke atas nabi kami Muhammad s.a.w. dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya sekalian. Ya Allah jadikanlah kami dengan iman yang sempurna, orang-orang yang menunaikan perintah-perintah fardhu-Mu, yang menjaga solat, mengeluarkan zakat, yang ghairah terhadap terhadap apa yang ada padaMu, yang mengharapkan keampunan dan yang berpegang kepada petunjuk dan yang berpaling dari perbuatan sia-sia, yang zuhud di dalam kehidupan dunia dan ghairah terhadap kehidupan akhirat. Di kalangan mereka redha dengan ketetapan dan syukur atas sekalian nikmat dan bersabar atas bala bencana dan di kalangan mereka yang berjalan pada hari kiamat di bawah panji Penghulu kami Muhammad s.a.w. Dan meminum air dari telaga (al-Kautsar) dan yang akan memasuki syurga dan atas katil kemuliaan kami dan duduk. Di kalangan mereka yang mengahwini bidadari-bidadari dan di kalangan mereka yang akan memakai pakaian syurga dan memakan di dalamnya dan yang akan minum dari air madu yang suci di dalam gelas-gelas yang penuh dan bersama-sama mereka yang telah Engkau beri nikmat dari kalangan nabi-nabi, para siddiqin, para syuhada dan solihin.

Ya Allah jadikanlah pada malam ini di dalam bulan yang mulia ini yang penuh berkat dari kalangan mereka yang berbahagia dan diterima (amalan mereka) dan janganlah jadikan kami wahai Allah dari kalangan mereka yang celaka yang ditolak. Tuhan kami sejahterakanlah kami, ampunilah kami dan maafkanlah kami, juga kedua ibubapa kami, saudara kami, ahli rumah kami dan seluruh muslimin dan muslimat yang hidup dari kalangan mereka ataupun yang mati dan tuliskanlah untuk kami wahai Allah dengan keselamatan dan kesihatan dan juga ke atas hambaMu, para haji, mereka yang berziarah, para musafir dari kalangan orang-orang Islam dan peliharalah kami dari kejahatan dan tolonglah kami ke atas kaum kafir. Wahai yang mengkabulkan orang-orang yang meminta dan tamatkanlah kehidupan kami ya Allah dengan kebaikan, wahai Maha Pengasih dari kalangan mereka yang mengasihi. Dan Allah berselawat ke atas makhlukNya yang terbaik Muhammad dan ke atas ahli keluarga dan sahabt-sahabatnya dan segala pujian milik Allah s.w.t, Tuhan pentadbir seluruh alam."

August 10, 2010

Keikhlasan..

Begitu sukar untuk kita ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara yang telah kita lakukan selama ini. Memang naluri manusia yang berpegang pada foya-foya, kealpaan, miskin rohani dan macam-macam lagi. Senang bagi kita untuk menyebut perkataan IKHLAS tapi adakah selama ini segala perkara yang kita lakukan begitu ikhlas...maksud yang sebenar adalah ikhlas kerana ALLAH s.w.t....

Kadang kala tanpa kita sedari yang kita banyak kali telah membohongi diri kita sendiri..setiap perbuatan yang kita lakukan tiada barakah daripada ALLAH sw.t. Bohong, tipu telah sinonim dengan perangai manusia zaman sekarang, bak pepatah "Tak Jahatla Kalau Tak Bohong"..hahaha..(ade ker?)

Apa-apa pun, yang pastinya..niatkanlah segala perbuatan dan amalan harian kita kerana ALLAh s.w.t. Biar segala ape yang kita lakukan mendapat pahala dari ALLAH s.w.t. marilah kita berdoa di bulan Ramadhan ini agar kita dimurahkan rezeki, ditingkatkan keimanan dan ketakwaan kita pada ALLAH s.w.t...

Ameenn....

JAUHI 4 PERKARA



Dalam wasiat Al-Imam Ghazali menasihatkan kepada kita agar menjauhi 4 perkara:

   1) Pertengkaran kerana ia boleh membawa kepada pergaduhan. Ini sama sekali dilarang dalam agama Islam yang mana wajib bagi umat Islam itu tidak memutuskan talian silaturrahhim antara sesama mereka. Lagipun, pergaduhan tidak akan membawa sebarang makna kepada seseorang itu, malah, ia akan menjauhkan hidup kita daripada rahmat Allah s.w.t.

   2) Sikap merasa berani tetapi sebenarnya takut untuk memberikan nasihat. Sepatutnya kita merasa takut sekiranya kita tidak dapat mengamalkan apa yang kita sendiri nasihatkan kepada orang lain. Ini merupakan masalah yang besar kepada sesetengah manusia. Bak pepatah 'CAKAP TAK SERUPA BIKIN'.

   3) Bergaul dengan mereka yang memiliki kekuasaan dan mereka yang zalim dengan kekuasaan yang dimiliki. Ini kerana, mereka tidak menyedari bahawa segala kekayaan dan kekuasaan yang mereka kecapi adalah datangnya dari Allah s.w.t. Sepatutnya mereka bersyukur dengan nikmat serta rezeki yang Allah telah berikan kepada mereka dengan melakukan sedekah kepada fakir miskin, masjid dan lain-lain lagi.

   4) Jangan berasa terhutang budi terhadap orang yang zalim kerana kamu akan memuliakan mereka lebih daripada Allah s.w.t. Perkara sebegini terlalu kerap berlaku di kalangan masyarakat zaman sekarang. Sedarlah wahai umat manusia...ingatlah Allah s.w.t Maha Berkuasa lagi Maha Pengasih....

Melaksanakan janji Allah s.w.t. dalam Ibadah di Bulan Ramadhan

 

   Inilah janji yang sering kita buat bagi diri sendiri pada kebiasaannya menjelang bulan Ramadhan. Apabila berakhirnya ramadhan ini, seseorang itu merasakan kerugian yang teramat atas apa yang telah dilakukannya selama bulan mulia itu menjelma. Hamba tersebut merasakan bahwa segala dosa-dosa yang dilakukannya sebelum ini belum mendapat keampunan Allah s.w.t.

   Kini, Ramadhan datang kembali. Waktu mana yang telah kita ikrarkan untuk menepati janji kita pada Allah s.w.t telah hadir.Kita sebagai hambaNya telah berjanji untuk mengabdikan diri kepadaNya dengan lebih baik. Kita telah berjanji mengerahkan segala keringat bagi memperolehi keampunan dan keluar dari kelalaian, bermalas-malasan, lemah dalam keinginan dan patah semangat. Kita juga berjanji akan melawan segala godaan pujuk rayu syaitan dan hawa nafsu sehingga kita berhak untuk mendapat keampunan Allah s.w.t.

   Ini adalah kerana, Allah s.w.t Maha Pengampun segala dosa-dosa yang kita lakukan walaupun kita mengerahkan segala daya upaya dan segala pengorbanan, sebenarnya ia tidak dapat menyamai keampunan dari Allah s.w.t. Mereka yang beriman pada Allah s.w.t akan segera menghadapNya tanpa mengharapkan mereka bertemu dengan Allah s.w.t dalam keadaan sebagaimana yang dirasakan selama ini kerana keadaan tersebut tidak membuatkan orang lain senang baik musuh mahupun kawan. Mereka juga berjanji untuk menghapuskan halangan yang memisahkan antara mereka dengan Allah s.w.t.

   Halangan yang dimaksudkan itu adalah dengan berbuat maksiat serta menjauhkan diri daripada Allah s.w.t. Kadang-kala seorang muslim itu akan merasakan kesedihan yang teramat kerana takut hari-hari yang penuh dengan keberkatan ini berlalu begitu sahaja seperti Ramadhan sebelumnya. Muslimin tersebut merasakan pemergian Ramadhan begitu cepat berlalunya, namun dia tidak menyedarinya.

   Sebaliknya, apabila seseorang itu bertekad akan menyambut bulan ramadhan dengan sebaiknya, maka sekaranglah waktu bagi kita menunaikan segala janji-janji kita pada Allah s.w.t.. Allah s.w.t telah membuka pintu Syurga seluas-luasnya pada bulan mulia ini dan membuka pintu pengampunan pada hambaNya.

  Oleh yang demikian, marilah kita bersama-sama berazam untuk menyambut Ramadhan pada tahun ini dengan membawa sejuta harapan. Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang-orang beriman.

Aminn.....

August 9, 2010

Selamat Datang



Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Selamat datang ke blog kami di aljamuanienterprise.blogspot.com, blog ini merupakan blog yang bertujuan untuk berkongsi manfaat dan keuntungan kita bersama serta merapatkan talian silaturrahim antara sesama manusia. Selain itu, ia bertujuan untuk menyampaikan risalah-risalah yang bermanfaat kepada kita semua. Antara risalahnya ialah mengenai produk kesihatan, pengetahuan agama, perniagaan dan sebagainya.

Bagi mendapatkan lebih banyak risalah-risalah serta tentang produk jualan syarikat ini, silalah layari blog ini dan jika ada sebarang pertanyaan, komen serta cadangan, silalah hubungi pihak Al Jamuani Enterprise.

"TUNGGU APA LAGI"..Kami nantikan kehadiran anda!!!!